Call Us: 019-573 3454
We Provide Quality & Healthy Products

Dr Norman Mohd Norawi

MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)
MMC : 36627

DR NORMAN CLINIC SDN BHD
(915557-P)

Dr Norman bin Mohd Norawi telah berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan sejak tahun 1997 dengan pengalaman selama lebih 23 tahun dalam bidang perubatan. Keluarga beliau berasal dari Kg Bayai Lama, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau di lahirkan dalam tahun 1972 dan di besarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau pengasas dan pemilik  kepada KLINIK DR NORMAN yang mempunyai cawangan di Batu Berendam & Sg. Udang, Melaka, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, Shah Alam ,Selangor.

Beliau adalah Konsultan Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Estetik dan Perubatan Regeneratif  (Nutritional Medicine, Healthy Aging, Medical Aesthetic & Regenerative Medicine) dan banyak menulis tentang kesihatan disamping memberikan ceramah kesihatan di seluruh Malaysia.

Berkelulusan ijazah MBBS dari Kasturba Medical College, Manipal Academy of Higher Education (MAHE), Manipal, India (1997). Beliau memperolehi ijazah Sarjana Sains Perubatan Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Esthetik (Master in Anti Aging, Regenerative Medicine and Medical Aesthetic) (MScAARMMA)  dari UCSI University, Kuala Lumpur (2013). Beliau juga telah mendapat  Master in Nutritional Medicine (MNM) daripada Australasian College of Nutrition & Environmental Medicine (ACNEM) pada tahun 2018.

Aktif di Media Sosial FB Page : Dr Norman Norawi dengan menulis dan menyampaikan ceramah secara Live. Beliau juga boleh di ikuti di Youtube Channel : Dr Norman Mohd Norawi.

Beliau adalah pengasas dan penggerak kepada program Anti Diabetes & Obesiti (ADO) Dr Norman yang menjalankan usaha mendidik masyarakat ke arah mengawal dan memulihkan masalah Diabetes & Obesiti di Malaysia.

Beliau juga aktif dalam kerja-kerja NGO dengan mengasaskan dan menjadi Presiden kepada Pertubuhan Kebajikan Ibnu Sina, Melaka (PERKIS) sejak dari tahun 2010.

© 2021 Onesty Group Sdn Bhd | Powered by Shot Super

Privacy Policy   |  Terms of Services    

Shopping cart

0

No products in the cart.