4 Musuh Utama Minyak Zaitun

Marilah kita kenali musuh musuh Minyak Zaitun supaya kita akan dapat melakukan Perbandingan serta Memilih dengan Bijak.
Ianya juga akan membantu kita mendapat sepenuh Khasiat & Kebaikkan dari amalan pemakanan minyak zaitun yang berkualiti tinggi.

1. CAHAYA

  1. Minyak Zaitun mesti di jauhkan daripada terdedah kepada Cahaya.
  2. Cahaya UV atau Ultra Ungu dari Matahari dan Lampu Fluorescent akan menyebabkan berlaku tindak balas kimia disebut sebagai “Photo Oxidation”. Ini akan menyebabkan Minyak Zaitun TEROKSIDA dan boleh memudaratkan kesihatan.
  3. Sebaiknya Minyak Zaitun mesti dibotolkan di dalam Botol Kaca Gelap Kalis Cahaya UV atau dengan menggunakan Tin Aluminium agar ianya dapat menghindarkan cahaya.

2. OKSIGEN / UDARA

  1. Oksigen perlu dihapuskan semasa penyimpanan Minyak Zaitun sama ada di dalam tangki simpanan atau botol.
  2. Minyak Zaitun yang terdedah kepada Oksigen / Udara akan TEROKSIDA dan ini akan menyebabkan perubahan BAU, RASA dan WARNA Minyak Zaitun.
  3. Kandungan khasiat Minyak Zaitun akan berkurangan dan terus hilang apabila Minyak Zaitun tersebut telah TEROKSIDA dan ianya juga akan menghasilkan RADIKAL BEBAS.
  4. Setiap botol Minyak Zaitun mestilah diisikan dengan Gas Nitrogen atau menggunakan kaedah Pembotolan “Nitrogen Injection” bagi mengekalkan kandungan khasiat.

3. SUHU TINGGI

  1. Minyak Zaitun Extra Virgin adalah hasil dari proses Perahan Sejuk atau “Cold Pressed”. Ianya diperah dengan suhu tidak lebih daripada 27C – 30C.
  2. Sebaiknya Minyak Zaitun ini perlu dihindarkan daripada terdedah kepada suhu yang tinggi semasa simpanan. Tangki simpanan Stainless Steel dan bilik simpanan khas akan membantu mengekalkan suhu semasa simpanan jangka panjang.
  3. Botol Kaca Gelap Kalis Cahaya UV dapat mengekalkan suhu Minyak Zaitun pada paras yang sesuai jika ianya tidak terdedah kepada sumber suhu tinggi seperti api, cahaya matahari terik dan alat pemanas.

4. TEMPOH MASA

  1. Semua jenis Minyak Zaitun mempunyai “Jangka Hayat” atau ‘Shelf Life”.
  2. Minyak Zaitun yang dibotolkan dengan Gas Nitrogen atau “Nitrogen Injection Bottling” di dalam botol kaca gelap Kalis Cahaya UV akan mempunyai jangka hayat selama 18 – 24 bulan.
  3. Walaubagaimanapun selepas penutup botol telah dibuka, ianya hanya baik untuk tempoh maksima 3 bulan sahaja kerana Minyak Zaitun tersebut akan mula terdedah kepada Oksigen atau Udara dan akan berlakunya proses OXIDATION, Minyak Zaitun akan TEROKSIDA dan menghasilkan RADIKAL BEBAS.
Maklumat diatas ini adalah Panduan Asas dalam pemilihan Minyak Zaitun yang berkualiti.

Pastikan bahawa minyak zaitun yang hendak dibeli mestilah mempunyai..

10 CIRI CIRI MINYAK ZAITUN BERKUALITI

  1. Minyak Zaitun Extra Virgin (EVOO) atau Virgin Olive Oil (VOO) untuk masakan sahaja.
  2. Minyak Zaitun hasil Perahan Sejuk atau “First Cold Pressed”.
  3. Minyak Zaitun yang mendapat pengiktirafan Organik dari EU, USDS atau JAS dan Syarikat Pengeluar dengan Persijilan ISO-22000 dan Halal dari Badan diiktiraf oleh JAKIM jika ada.
  4. Minyak Zaitun yang dibotolkan di dalam botol Kaca Gelap Kalis Cahaya UV, Ultra Violet atau Tin Aluminium.
  5. Minyak Zaitun yang dibotolkan dengan Gas Nitrogen atau “Nitrogen Injection Bottling”.
  6. Produk yang mempunyai maklumat kadar “Acidity Oleic Acid”.
  7. Produk yang mempunyai Maklumat “Harvest Date” pada label.
  8. Produk yang mempunyai Maklumat Pengeluar, Negara Asal produk dengan alamat yang lengkap.
  9. Produk yang mempunyai garispanduan Nutritional Facts yang lengkap.
  10. Produk yang mempunyai maklumat Production dan Expiry Date serta “Shelf Life” tidak lebih dari 24 bulan dari tarikh pembotolan.
Admin

Admin

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan produk boleh hubungi kami di whatsapp 011-5663 9643/0115663 9509

Leave a Replay

Tentang Kami

SihatShop.com adalah pembekal produk-produk keluaran Al’Ard yang merupakan jenama terkenal dari Palestin yang mengeluarkan produk-produk seperti Minyak Zaitun, Habbatussauda, rempah ratus dan sebagainya.

Post Terbaru

Follow Kami

Sign up for our Newsletter

Masukkan email anda untuk mendapatkan berita dan update terbaru berkenaan dengan produk kami.

SihatShop.com merupakan kedai online yang fokuskan kepada produk-produk kesihatan terutamanya dari Palestin.

Harapan kami untuk membantu lebih ramai orang agar mendapat produk kesihatan yang berkualiti dan terbaik.

Contact

Hubungi Kami

011-5663 9509

011-5663 9643

BTHO, Cheras.
contact@sihatshop.com

© 2022 SihatShop.com. All Rights Reserved | Designed by Lejenisback

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping