4 Cara Mudah Penggunaan Minyak Zaitun

1. MINUM SECARA TERUS

a) Minyak Zaitun Extra Virgin yang berkualiti tinggi boleh diminum secara terus dengan sudu bagi memastikan semua kandungan khasiat Minyak Zaitun itu dapat diserap dengan lebih efektif oleh tubuh badan.
b) FDA menyarankan dos sebanyak 2 sudu besar, sehari seorang bagi amalan penjagaan kesihatan harian. 1 sudu besar sebelum sarapan pagi dan 1 sudu besar sebelum tidur malam.
c) Bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan pula, dos pengambilan perlu ditambah mengikut keadaan dan kesesuaian kesihatan individu tersebut dimana jumlah pengambilan boleh digandakan kepada 4 sudu besar sehari.

2. CAMPURAN BERSAMA MAKANAN

a) Minyak Zaitun Extra Virgin juga boleh dicampurkan bersama SEMUA JENIS makanan panas atau sejuk. Campurkan 1 atau 2 sudu besar minyak zaitun sebelum makanan dihidangkan bagi mendapat sepenuh kebaikkan khasiat minyak zaitun. Ini akan membolehkan seisi keluarga mendapat kebaikkan khasiat minyak zaitun dari makanan yang disediakan.
b) Campurkan Minyak Zaitun bersama pelbagai jenis masakan panas dan sejuk seperti Sup, Kari, Gulai, Rendang, Masak Merah, Masak Kicap, Masak Lemak, Sayur rebus dan apa sahaja makanan berkuah.
c) Minyak zaitun juga boleh dicampurkan dengan pelbagai masakan yang digoreng seperti Spaghetti, Mee, Meehoon, Ayam, Ikan, Daging, Sayur dan apa sahaja minuman sejuk seperti Jus, Smoothie dan Makanan yang tidak dimasak seperti salad, kerabu, puree buah dan sayuran, sambal, air asam, pencicah dan banyak lagi.

3. SEBAGAI BAHAN MASAKAN

a) Sejak ribuan tahun lalu, Minyak Zaitun digunakan sebagai bahan masakan. Minyak Zaitun Extra Virgin sesuai digunakan sebagai bahan masakan untuk Tumisan, Menggoreng, Merebus, Memanggang dan banyak lagi.
b) Kajian moden mendapati ianya boleh dan selamat digunakan sebagai bahan masakan di rumah yang mana suhu masakan kita tidak melebihi 200°C. Sebaiknya campurkan juga 1 atau 2 sudu Minyak Zaitun ke dalam makanan yang telah siap di masak, ini adalah bagi menggantikan khasiat Antioksidan yang hilang semasa makanan tersebut dimasak dengan suhu melebih 100°C. Inilah yang dipraktikkan oleh penduduk di Negara Barat, Mediterranean dan Timur Tengah.
c) Diantara amalan yang terbaik ialah menggunakan Minyak Zaitun sebagai pencicah. Campurkan sedikit cuka buah, rempah ratus seperti Zaatar, Oregano, Rosmary atau Lada Hitam untuk dicicah dengan pelbagai jenis roti. Minyak Zaitun juga boleh digunakan sebagai pengganti Butter / Mentega dan Margerin.

4. UNTUK SAPUAN DAN KEGUNAAN LUAR

a) Minyak Zaitun Extra Virgin juga mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan Kulit, Rambut, Sendi dan banyak lagi.
b) Sapukan Minyak Zaitun dimana mana bahagian dan tubuh badan bagi membantu masalah kesihatan kulit seperti Kulit Kering, Keradangan Kulit, Eczema, Parut, Kesan Luka Terbakar, Masalah Sendi, Lutut, Pinggang dan bahagian anggota badan yang lain.
c) Minyak Zaitun juga digunakan sebagai sapuan pada rambut dengan tujuan melebat serta menghitamkan rambut. Ianya juga digunakan bagi membantu masalah keguguran rambut.
Amat mudah sekali cara penggunaan Minyak Zaitun bagi pelbagai peringkat umur.
  1. Bayi yang baru lahir boleh mendapat Khasiat Minyak Zaitun dari pemakanan ibu dan juga dari sapuan pada kulit dan rambut.
  2. Anak anak yang terlalu memilih atau cerewet tentang makanan juga boleh mendapatkan Khasiat tersebut melalui makanan kegemaran mereka.
  3. Para suami juga boleh mendapat khasiat Minyak Zaitun tanpa mereka sedar melalui makanan harian mereka.
Puan Puan kena lebih kreatif dalam penggunaan Minyak Zaitun untuk amalan harian seisi keluarga. Jadikan ini sebagai panduan ya..👍👍
.
Admin

Admin

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan produk boleh hubungi kami di whatsapp 011-5663 9643/0115663 9509

Leave a Replay

Tentang Kami

SihatShop.com adalah pembekal produk-produk keluaran Al’Ard yang merupakan jenama terkenal dari Palestin yang mengeluarkan produk-produk seperti Minyak Zaitun, Habbatussauda, rempah ratus dan sebagainya.

Post Terbaru

Follow Kami

Sign up for our Newsletter

Masukkan email anda untuk mendapatkan berita dan update terbaru berkenaan dengan produk kami.

SihatShop.com merupakan kedai online yang fokuskan kepada produk-produk kesihatan terutamanya dari Palestin.

Harapan kami untuk membantu lebih ramai orang agar mendapat produk kesihatan yang berkualiti dan terbaik.

Contact

Hubungi Kami

011-5663 9509

011-5663 9643

BTHO, Cheras.
contact@sihatshop.com

© 2022 SihatShop.com. All Rights Reserved | Designed by Lejenisback

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping